Posts

MAJLIS SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN - 9 OKTOBER 2023

Image
  9 Oktober 2023 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur. Sebanyak 11 syarikat melalui wakil masing-masing telah menyerahkan zakat perniagaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan iaitu:- 1. Tenaga Nasional Bhd RM6,356,000.00 2. Lembaga Tabung Haji RM6,214,543.09 3.Etiqa Family Takaful Bhd & Etiqa General Takaful Bhd RM1,060,000.00 4.Bank Rakyat RM773,987.00 5. FGV Holdings Bhd RM707,199.00 6.Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd & Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad RM500,000.00 7.Maybank Islamic Berhad RM437,597.51 8. Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd RM249,428.19 9.Agrobank RM241,303.47 10.Bank Muamalat Malaysia Bhd RM221,294.26 11.Public Islamic Bank Bhd RM100,000.00 Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini selaku Yang DiPertua MAIPk. Seterusnya penyerahan cek bayaran zakat perniagaan daripada D...

HARI KESIHATAN MAIPk - 10 OKTOBER 2023

Image
  10 Oktober 2023 - MAIPk telah mengadakan program Hari Kesihatan MAIPk 2023 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Iainya juga sempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat kesihatan mental oleh Pegawai Perubatan jemputan. Serta taklimat dari Syarikat Takaful Malaysia dan Health Connect. Di samping itu sesi penilaian kesihatan juga telah diadakan iaitu ujian lipid, ujian kandungan lemak dalam badan dan pengambilan sampel darah untuk ujian di makmal. Sesi ini telah berjaya menarik ramai pekhidmat MAIPk untuk mendapatkan penilaian kesihatan keseluruhan. Terdapat juga gerai menjual minuman Vitagen yang dijual dengan harga diskaun. Semoga program ini dapat memberikan kesedaran terhadapt penjagaan kesihatan kepada semua pekhidmat MAIPk.

KAUNTER ZAKAT DI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI PERAK (PKNP) - 12 OKTOBER 2023

Image
  12 Oktober 2023 - MAIPk telah membuka booth zakat dan wakaf di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Iainya bertujuan memberi kemudahan kepada staf-staf PKNP untuk membuat taksiran zakat dan wakaf seterusnya membuat potongan gaji zakat atau wakaf tunai. Booth MAIPk diletakkan di kawasan lobi berhadapan dengan dewan konvensyen 2. MAIPk juga telah menerima bayaran wakaf tunai berjumlah RM100.00 dari pewakaf. Disamping itu, terdapat satu permohonan untuk potongan gaji zakat pendapatan diterima MAIPk dan jumlah dijangka diterima ialah sebanyak RM1080.00 setahun. Petugas MAIPk yang terlibat ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria, Pn Nurul Amnani binti Abdul Rahman dan En  Mohammad Hazrul Aidy bin Mohammad Hazni.  (pelajar praktikal MAIPk) Booth zakat juga turut diserikan dengan kehadiran dua orang penceramah bebas yang popular iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Haslin Baharim. Mereka berdua kebetulan menghadiri satu majlis anjuran...

SESI PERKONGSIAN ILMU ASET DIGITAL (21 SEPTEMBER 2021)

Image
    21 September 2021 (Isnin) - MAIPk telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Aset Digital secara dalam talian dengan menggunanakan platform Zoom Meeting. Seramai 38 Pekhidmat MAIPk dari kumpulan Pengurusan dan Profesional telah mengadiri sesi tersebut secara dalam talian. MAIPk telah menjemput En. Wan Azfar Azeem bin Wan Azhar sebagai penceramah. Beliau merupakan salah seorang speaker di Asri Ahmad Academy dalam pelaburan Aset Digital yang turut dikenali sebagai Mr Kripto. Beliau terlibat dengan pelbagai jenis instrumen pelaburan termasuk Emas, Dagangan Mata Wang, Pasaran Hadapan Kelapa Sawit, Saham dan Kripto. Di antara topik-topik yang dibincangkan semasa sesi tersebut ialah

KAUNTER ZAKAT DI PPD BAGAN DATUK - 30 SEPTEMBER 2023

Image
  30 September 2023 - MAIPk telah menerima jemputan melalui Bahagian Pemasaran untuk mengadakan kaunter zakat dan wakaf di Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Majlis tersebut sempena dengan Majlis Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Pihak MAIPk telah membuka kaunter bergerak iaitu van di perkarangan kawasan Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk iaitu berhadapan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk Pembukaan kaunter bergerak MAIPk telah berjaya memberi kemudahan kepada guru-guru di daerah Bagan Datuk bagi mendapatkan maklumat berkenaan zakat potongan gaji. Pada masa yang sama membolehkan warga pendidikan di daerah Bagan Datuk membuat taksiran zakat pendapatan seterusnya membuat potongan gaji zakat pendapatan. .Petugas-petugas MAIPk yang terlibat ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria dan En. Muhamad Shameer bin Mohd Yusoff. Sebanyak sebelas borang potongan gaji zakat pendapatan bagi pembayar baru telah diterima dengan jumlah bayaran yang dijangka diterima ialah se...

Taklimat dan Kaunter Zakat di UNIKL RMCP Ipoh 20/9/2023 (Rabu)

Image
  20 September 2023 - MAIPk telah dijemput oleh pihak UNIKL bagi memberikan taklimat berkenaan Zakat, Amil dan Wakalah. En Muhammad Faiz bin Zakaria dari Bahagian Pemasaran, MAIPk telah menyampaikan taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Zakat UNIKL Ipoh. Antara intipati yang disampaikan ialah antaranya :- - Peranan UNIKL sebagai ejen zakat - Agihan zakat iaitu 5% untuk Amil dan 45% untuk asnaf miskin dan fisabilillah - Perjanjian antara UNIKL dan MAIPk -Upah amil atas keputusan Jawatankuasa sendiri - Lain-lain perkara berkaitan zakat Pada masa yang sama, MAIPk telah membuka kaunter bergerak (van) dan booth zakat. Aktiviti telah berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Semoga taklimat yang disampaikan berjaya memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada Jawatankuasa Zakat UNIKL. MAIPk juga ada menrima  bayaran zakat pendapatan secara tunai dari dua orang pembayar sebanyak RM3328.00