HARI KESIHATAN MAIPk - 10 OKTOBER 2023
10 Oktober 2023 - MAIPk telah mengadakan program Hari Kesihatan MAIPk 2023 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Iainya juga sempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat kesihatan mental oleh Pegawai Perubatan jemputan. Serta taklimat dari Syarikat Takaful Malaysia dan Health Connect. Di samping itu sesi penilaian kesihatan juga telah diadakan iaitu ujian lipid, ujian kandungan lemak dalam badan dan pengambilan sampel darah untuk ujian di makmal. Sesi ini telah berjaya menarik ramai pekhidmat MAIPk untuk mendapatkan penilaian kesihatan keseluruhan. Terdapat juga gerai menjual minuman Vitagen yang dijual dengan harga diskaun. Semoga program ini dapat memberikan kesedaran terhadapt penjagaan kesihatan kepada semua pekhidmat MAIPk.
Comments
Post a Comment