KAUNTER ZAKAT BERGERAK (VAN) DI SURAU TAMAN LEMBAH BERIAH, 19 SEPTEMBER 2023
Pada 19 September 2023 (Selasa) - MAIPk melalui Bahagian Pemasaran telah membuka kaunter bergerak (van) di perkarangan Surau Taman Bandar Lembah Beriah,Bukit Merah, Bagan Serai. Program tersebut turut disertai oleh agensi kerajaan yang lain iaitu Lembaga Tabung Haji, KWSP dan Bank Islam. Petugas MAIPk yang terlibat ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria dan En Muhamad Shameer bin Mohd Yusoff. Program diadakan bagi mendekatkan MAIPk dan agensi lain yang terlibat dengan masyarakat setempat. khususnya di kawasan Lembah Beriah yang meliputi kawasan Bukit Merah. Selain dari itu, memudahkan masyarakat setempat mendapatkan perkhidmatan yang dikehendaki tanpa perlu datang ke pejabat yang berkaitan. MAIPk telah menerima borang potongan gaji serta pembayaran zakat tanaman dari penduduk setempat. Semoga kehadiran MAIPk di sini sentiasa di hati masyarakat setempat. Terima kasih juga kepada Lembaga Tabung Haji, KWSP dan Bank Islam yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Comments
Post a Comment