KAUNTER ZAKAT DI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI PERAK (PKNP) - 12 OKTOBER 2023
12 Oktober 2023 - MAIPk telah membuka booth zakat dan wakaf di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Iainya bertujuan memberi kemudahan kepada staf-staf PKNP untuk membuat taksiran zakat dan wakaf seterusnya membuat potongan gaji zakat atau wakaf tunai.
Booth MAIPk diletakkan di kawasan lobi berhadapan dengan dewan konvensyen 2. MAIPk juga telah menerima bayaran wakaf tunai berjumlah RM100.00 dari pewakaf. Disamping itu, terdapat satu permohonan untuk potongan gaji zakat pendapatan diterima MAIPk dan jumlah dijangka diterima ialah sebanyak RM1080.00 setahun. Petugas MAIPk yang terlibat ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria, Pn Nurul Amnani binti Abdul Rahman dan En Mohammad Hazrul Aidy bin Mohammad Hazni. (pelajar praktikal MAIPk)
Booth zakat juga turut diserikan dengan kehadiran dua orang penceramah bebas yang popular iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Haslin Baharim. Mereka berdua kebetulan menghadiri satu majlis anjuran Jabatan MUFTI Negeri Perak yang berlangsung di tempat yang sama.
Semoga pihak PKNP dapat terus memberikan komitmen yang tinggi disamping menggalakkan staf-staf untuk terus berzakat khususnya melalui potongan gaji serta berwakaf.
![]() |
Bergambar bersama dengan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid |
![]() |
Bergambar bersama dengan Ustaz Haslin Baharim |
Bergambar bersama dengan Ustaz Haslin Baharim
Comments
Post a Comment