KAUNTER ZAKAT DI PPD BAGAN DATUK - 30 SEPTEMBER 2023

 

30 September 2023 - MAIPk telah menerima jemputan melalui Bahagian Pemasaran untuk mengadakan kaunter zakat dan wakaf di Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Majlis tersebut sempena dengan Majlis Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Pihak MAIPk telah membuka kaunter bergerak iaitu van di perkarangan kawasan Sekolah Kebangsaan Bagan Datuk iaitu berhadapan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk

Pembukaan kaunter bergerak MAIPk telah berjaya memberi kemudahan kepada guru-guru di daerah Bagan Datuk bagi mendapatkan maklumat berkenaan zakat potongan gaji. Pada masa yang sama membolehkan warga pendidikan di daerah Bagan Datuk membuat taksiran zakat pendapatan seterusnya membuat potongan gaji zakat pendapatan. .Petugas-petugas MAIPk yang terlibat ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria dan En. Muhamad Shameer bin Mohd Yusoff.

Sebanyak sebelas borang potongan gaji zakat pendapatan bagi pembayar baru telah diterima dengan jumlah bayaran yang dijangka diterima ialah sebanyak RM15,275.16 setahun daripada warga pendidikan Daerah Bagan Datuk. MAIPk juga menerima dua borang untuk tambahan potongan gaji dengan jumlah yang dijangka diterima ialah RM2,724.00 setahun melalui potongan gaji daripada pembayar sedia ada. Tugas membuka kaunter zakat selesai sepenuhnya pada jam 1.50 pm. Majlis tersebut turut diserikan dengan penyerahan sijil penyertaan yang diserahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk kepada MAIPk.










































 











































Comments

Popular posts from this blog

KAUNTER ZAKAT DI UAC TASEK IPOH 23 OGOS 2023

KURSUS LEVEL 5 LEADERSHIP MAIPk

KAUNTER ZAKAT BERGERAK (VAN) DI SURAU TAMAN LEMBAH BERIAH, 19 SEPTEMBER 2023