Taklimat dan Kaunter Zakat di UNIKL RMCP Ipoh 20/9/2023 (Rabu)

 

20 September 2023 - MAIPk telah dijemput oleh pihak UNIKL bagi memberikan taklimat berkenaan Zakat, Amil dan Wakalah. En Muhammad Faiz bin Zakaria dari Bahagian Pemasaran, MAIPk telah menyampaikan taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Zakat UNIKL Ipoh. Antara intipati yang disampaikan ialah antaranya :-

- Peranan UNIKL sebagai ejen zakat

- Agihan zakat iaitu 5% untuk Amil dan 45% untuk asnaf miskin dan fisabilillah

- Perjanjian antara UNIKL dan MAIPk

-Upah amil atas keputusan Jawatankuasa sendiri

- Lain-lain perkara berkaitan zakat

Pada masa yang sama, MAIPk telah membuka kaunter bergerak (van) dan booth zakat. Aktiviti telah berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Semoga taklimat yang disampaikan berjaya memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada Jawatankuasa Zakat UNIKL. MAIPk juga ada menrima bayaran zakat pendapatan secara tunai dari dua orang pembayar sebanyak RM3328.00





















































Comments

Popular posts from this blog

KAUNTER ZAKAT DI UAC TASEK IPOH 23 OGOS 2023

KURSUS LEVEL 5 LEADERSHIP MAIPk

KAUNTER ZAKAT BERGERAK (VAN) DI SURAU TAMAN LEMBAH BERIAH, 19 SEPTEMBER 2023