BENGKEL PEMAHAMAN PELAN BAHARU BANTUAN BINA RUMAH MAIPk 24 OGOS 2021
Pada
24 Ogos 2021(Isnin) telah diadakan Bengkel Pemahaman Pelan Baharu
Bantuan Bina Rumah selama sehari secara atas talian dengan menggunakan
medium zoom meeting. Bengkel bertujuan bagi menerangkan akan penetapan
konsep dan kaedah baharu dalam proses Skim Bantuan Bina Rumah MAIPk.
Selain daripada itu, penerangan berkenaan peranan dan bidang tugas Unit
Pengurusan Projek (UPP) dalam menyelaras dan merancang kerja-kerja untuk
Skim Bantuan Bina Rumah MAIPk. Seramai 36 pekhidmat MAIPk yang terlibat
dengan kerja-kerja Skim Bantuan Bina Rumah telah menyertai bengkel
tersebut yang dijalankan secara dalam talian. Unit Pengurusan Projek
(UPP) telah bertindak sebagai fasilitator dalam memberikan taklimat
berkenaan pelan baharu bantuan bina rumah MAIPk. Semoga bengkel yang
telah diadakan ini dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan yang
berguna kepada peserta
Comments
Post a Comment