KAUNTER ZAKAT MAIPk DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH HITAM,CHEMOR

KAUNTER  ZAKAT MAIPk DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH HITAM,CHEMOR

Pada 16 Ogos 2023 (Rabu) - MAIPk melalui Bahagian Pemasaran telah mengadakan kaunter zakat di Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam, Chemor. Pekhidmat MAIPk yang hadir ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria, Pn Nur Aimi Najua binti Sabidin, Pn Nurul Amnani binti Abdul Rahman. Program tersebut diadakan sempena dengan Program Gotong Royong Madani SK Tanah Hitam, Chemor. Kaunter zakat telah berlangsung dari jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang.

Pihak MAIPk juga telah menyumbang sebanyak 150 kotak makanan kepada keluarga-keluarga murid yang tinggal di kawasan sekitar. Wakil dari MAIPk iaitu En Shamsul Anuar bin Zakaria telah dijemput bagi gimik serahan bantuan kotak makanan kepada bapa murid. Kuanter zakat berakhir jam 4.30 petang. Sebanyak enam borang potongan gaji berjaya diterima daripada guru-guru SK Tanah Hitam, Chemor.















Comments

Popular posts from this blog

KAUNTER ZAKAT DI UAC TASEK IPOH 23 OGOS 2023

KURSUS LEVEL 5 LEADERSHIP MAIPk

KAUNTER ZAKAT BERGERAK (VAN) DI SURAU TAMAN LEMBAH BERIAH, 19 SEPTEMBER 2023