SEMINAR AMIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 2023 DAN KAUNTER ZAKAT DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS(UTP) SERI ISKANDAR - 12 SEPTEMBER 2023

 

12 September 2023- MAIPk melalui Bahagian Pemasaran sebagai urusetia bersama dengan UTP telah mengadakan Seminar Amil Institusi Pengajian Tinggi bertempat di UTP Seri Iskandar, Perak. Seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai seminar tersebut yang terdiri daripada Amil-Amil Zakat Insitusi dari IPTA dan IPTS serta institusi pendidikan seluruh Malaysia. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Prof. Ts Dr. Mohamed Ibrahim A Mutalib selaku Naib Canselor UTP. Ucaputama pula telah disampaikan oleh Tuan Shahrul Azam bin Shaari selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. MAIPk juga telah membuka kaunter bergerak iaitu van dan booth zakat bagi mempromosikan zakat. Penjualan produk-produk asnaf juga turut diadakan bagi mempromosikan keluaran produk dari kalangan asnaf yang berjaya. Peserta juga dibawa melawat sekitar kawasan kampus UTP. 

Pengurus Besar, Bhg Pemasaran MAIPk, En Suhaimi bin Yusoff telah memberikan pembentangan bertajuk "Instrumen Dan Strategi Kutipan Zakat". Pengurus Besar, Bahagian Agihan Zakat, MAPk, En Rohizan bin Haji Omar telah memberikan pembentangan bertajuk "Pengurusan Agihan Dari Maqasid Shariah". Seminar ini akan memberikan penerangan yang jelas kepada peserta berkenaan strategi agihan zakat yang dipraktikan oleh MAIPk. Semoga seminar ini akan memberikan impak yang tinggi terhadap pemahaman berkenaan agihan dan kutipan zakat.

































Petugas-Petugas MAIPk

Bersama En Suhaimi (Pengurus Besar,Bhg Pemasaran, MAIPk)

Petugas-Petugas MAIPk







Comments

Popular posts from this blog

KURSUS LEVEL 5 LEADERSHIP MAIPk

KAUNTER ZAKAT DI PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI PERAK (PKNP) - 12 OKTOBER 2023

KAUNTER ZAKAT MAIPk DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH HITAM,CHEMOR