MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN PENILAIAN 2020DAN PERHIMPUNAN BULANAN

 

1 Oktober 2021 (Jumaat) - MAIPk telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Perhimpunan Bulanan bertempat di Dewan Al-Ghazali, Bangunan Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Penganugerahan ini adalah bagi tahun penilaian 2020. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) di adakan bagi memberi penghargaan kepada Pekhidmat-Pekhidmat MAIPk yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang tugas masing-masing. Penganugerahan ini juga menunjukkan komitmen dan pengiktirafan MAIPk kepada Pekhidmat-Pekhidmat yang memberikan prestasi terbaik dalam tugas serta berusaha mencapai objektif-objektif MAIPk. Majlis pada tahun ini di adakan dalam suasana yang ringkas tetapi padat disebabkan Negeri Perak  masih dalam fasa 2, Pelan Pemulihan Negara. Majlis telah dimulai dengan Bacaan Doa, Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak, Tayangan video sorotan aktiviti MAIPk sepanjang tahun 2020 dan 2021. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah menyampaikan ucaputama semasa majlis tersebut. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Haji Mohd Haidi Sulaiman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari telah menyampaikan  Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) kepada 25 orang penerima.

Ketua  Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Shahrul Azam bin Shaari telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 19 orang penerima. Majlis telah disajikan kan juga tayangan video penerima Anugerah APC dan APT.

Comments

Popular posts from this blog

KAUNTER ZAKAT DI UAC TASEK IPOH 23 OGOS 2023

KURSUS LEVEL 5 LEADERSHIP MAIPk

KAUNTER ZAKAT BERGERAK (VAN) DI SURAU TAMAN LEMBAH BERIAH, 19 SEPTEMBER 2023