Posts

Showing posts from September, 2023

TAKLIMAT DAN KAUNTER ZAKAT DI LATEXX MANUFACTURING SDN BHD KAMUNTING - 21 SEPTEMBER 2023

Image
  21 September 2023 - MAIPk melalui Bahagian Pemasaran telah mengadakan taklimat dan kaunter zakat di Latexx Manufacturing Sdn Bhd. Kaumunting, Taiping. En Muhammad Faiz bin Zakaria, selaku Pengurus, Bahagian Pemasaran, MAIPk telah menyampaikan taklimat berkenaan zakat, khususnya zakat pendapatan kepada staf-staf Latexx Manufacturing Sdn Bhd. Pada masa yang sama kaunter zakat telah dibuka bagi memudahkan staf-staf Latexx Manufacturing yang berminat membuat potongan gaji bulanan zakat pendapatan. Petugas-petugas MAIPk yang terlibat ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria, Pn Nur Aimi Najua bin Sabidin dan Pn Nurul Amnani binti Abdul Rahman. Sebanyak 27 borang potongan gaji zakat pendapatan telah diterima dengan jumlah bayaran zakat pendapatan yang dijangka diterima ialah sebanyak RM31,540.08 setahun daripada staf-staf Latexx Manufacturing melalui potongan gaji bulanan Satu kesedaran untuk berzakat yang tinggi dari kalangan staf-staf Latexx Manufacturing Sdn Bhd, Kamunting. Tugas membuka ...

KAUNTER ZAKAT DI FAMA @ RTC GOPENG 14 SEPTEMBER 2023

Image
  14 September 2023 - MAIPk melalui Bahagian Pemasaran telah membuka kaunter zakat bertempat di Dewan FAMA @ RTC Gopeng. Iainya sempena dengan Program Usahawan Perak - Satu Perjalanan Usahawan (SPU). Petugas-petugas MAIPk yang hadir ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria, Pn Nuraimi Najua, Pn Nurul Amnani dan Pn Amirah Ramlan turut hadir bagi membuat "approach" kepada usahawan-usahawan yang hadir bagi mengalakkan kiraan zakat pernagaan. Terdapat juga program mentor yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman dan speaker dari Team Richworks. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Salbiah Mohamed disertakan dengan penyampaian sijil dan cenderahati. Majlis telah berakhir pada jam 5.00 petang.  T idak menerima sebarang borang potongan gaji disebabkan yang hadir adalah dari kalangan usahawan-usahawan yang bekerja sendiri.

SEMINAR AMIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI 2023 DAN KAUNTER ZAKAT DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS(UTP) SERI ISKANDAR - 12 SEPTEMBER 2023

Image
  12 September 2023- MAIPk melalui Bahagian Pemasaran sebagai urusetia bersama dengan UTP telah mengadakan Seminar Amil Institusi Pengajian Tinggi bertempat di UTP Seri Iskandar, Perak. Seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai seminar tersebut yang terdiri daripada Amil-Amil Zakat Insitusi dari IPTA dan IPTS serta institusi pendidikan seluruh Malaysia. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Prof. Ts Dr. Mohamed Ibrahim A Mutalib selaku Naib Canselor UTP. Ucaputama pula telah disampaikan oleh Tuan Shahrul Azam bin Shaari selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk. MAIPk juga telah membuka kaunter bergerak iaitu van dan booth zakat bagi mempromosikan zakat. Penjualan produk-produk asnaf juga turut diadakan bagi mempromosikan keluaran produk dari kalangan asnaf yang berjaya. Peserta juga dibawa melawat sekitar kawasan kampus UTP.  Pengurus Besar, Bhg Pemasaran MAIPk, En Suhaimi bin Yusoff telah memberikan pembentangan bertajuk "Instrumen Dan Strategi Kutipan Zakat". Pengurus Besar...

KAUNTER ZAKAT DI PHN INDUSTRY TG MALIM,PERAK 24 OGOS 2023

Image
Pada 24 Ogos 2023 (Khamis) - MAIPk melalui Bahagian Pemasaran telah mengadakan taklimat zakat dan kaunter zakat di PHN Industry Tg Malim. Pekhidmat MAIPk yang hadir ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria, Pn Nur Aimi Najua binti Sabidin, serta En Muhammad Faiz yang memberikan taklimat zakat kepada staf-staf PHN Industry Sdn Bhd. Kaunter telah bermula jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Lokasi adalah di Bilik Taklimat, Tingkat 1. Sebanyak 12 borang potongan zakat telah diterima pada hari tersebut. Jumlah potongan zakat yang dijangka diterima ialah RM1650.00 setahun dari staf-staf PHN Industry Tg Malim.

KAUNTER ZAKAT DI UAC TASEK IPOH 23 OGOS 2023

Image
  Pada 23 Ogos 2023 (Rabu) pihak MAIPk melalui Bahagian Pemasaran telah membuka kaunter zakat dan wakaf di UAC Tasek, Ipoh. UAC Tasek adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan asbestos bagi kegunaan tempatan dan eksport.  En Shamsul Anuar dan Puan Aimi Najua bersama dengan dua orang pelajar praktikal telah bertugas pada masa tersebut. Kaunter telah dibuka di kawasan kantin di premis tersebut.  Kaunter telah bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang. Lokasi adalah di kantin UAC Tasek. Sebanyak 32 borang potongan zakat dan dua borang potongan wakaf telah diterima pada hari tersebut. Jumlah potongan zakat yang dijangka diterima ialah RM9004.44 setahun dari staf-staf UAC Tasek. Potongan wakaf pula sebanyak RM1440.00 setahun.