Posts

Showing posts from August, 2023

KAUNTER ZAKAT MAIPk DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH HITAM,CHEMOR

Image
KAUNTER  ZAKAT MAIPk DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH HITAM,CHEMOR Pada 16 Ogos 2023 (Rabu) - MAIPk melalui Bahagian Pemasaran telah mengadakan kaunter zakat di Sekolah Kebangsaan Tanah Hitam, Chemor. Pekhidmat MAIPk yang hadir ialah En Shamsul Anuar bin Zakaria, Pn Nur Aimi Najua binti Sabidin, Pn Nurul Amnani binti Abdul Rahman. Program tersebut diadakan sempena dengan Program Gotong Royong Madani SK Tanah Hitam, Chemor. Kaunter zakat telah berlangsung dari jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Pihak MAIPk juga telah menyumbang sebanyak 150 kotak makanan kepada keluarga-keluarga murid yang tinggal di kawasan sekitar. Wakil dari MAIPk iaitu En Shamsul Anuar bin Zakaria telah dijemput bagi gimik serahan bantuan kotak makanan kepada bapa murid. Kuanter zakat berakhir jam 4.30 petang. Sebanyak enam borang potongan gaji berjaya diterima daripada guru-guru SK Tanah Hitam, Chemor.