Posts

Showing posts from September, 2021

KURSUS PENGURUSAN MESYUARAT & PENULISAN MINIT MESYUARAT MAIPk

Image
    27 September 2021 (Isnin) - MAIPk telah mengadakan Kursus Pengurusan Mesyuarat & Penulisan Minit Mesyuarat dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) secara dalam talian dengan menggunakan platform google meet. Kursus ini telah dirangka khas mengikut kesesuaian MAIPk dengan pihak INSPIM sebagai penganjur. Seramai 25 orang Pekhidmat MAIPk telah mengikuti kursus ini yang telah berlangsung selama satu hari. Pihak INSPIM telah menyediakan penceramah iaitu Puan Norliza binti Abu Bakar dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Diantara topik-topik yang diliputi sepanjang kursus berlangsung ialah Pengurusan Sebelum Mesyuarat, Semasa Mesyuarat, Selepas Mesyuarat serta penggunaan tatabahasa yang betul. Semoga kursus ini dapat memberikan pengetahuan yang baru serta kefahaman yang jelas berkenaan pengurusan & penulisan minit mesyuarat yang betul dan sistematik.

KURSUS PELAKSANAAN KAJIAN IMPAK BAGI PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM & PELAN OPERASI LATIHAN (22 SEPTEMBER 2021)

22 September 2021 (Rabu)- Saya telah menghadiri Kursus Pelaksanaan Kajian Impak Bagi Penilaian Keberkesanan Program & Pelan Operasi Latihan anjuran Institut Pengurusan dan Intigriti Melaka (INSPIM) yang telah diadakan secara atas talian

KURSUS LEVEL 5 LEADERSHIP MAIPk

Image
          Pada 9,10,11 September 2021 - MAIPk telah mengadakan Kursus Level 5 Leadership khusus untuk Pekhidmat MAIPk di peringkat gred 29 ke atas. Kursus ini telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform zoom meeting. Kursus telah dikendalikan oleh En Zukernain Wook daripada Innotech Excel Consulting selaku penceramah sepanjang kursus berlangsung. Seramai 31 orang Pekhidmat MAIPk dari Ibu Pej...

BENGKEL PEMAHAMAN PELAN BAHARU BANTUAN BINA RUMAH MAIPk 24 OGOS 2021

Image
  Pada 24 Ogos 2021(Isnin) telah diadakan Bengkel Pemahaman Pelan Baharu Bantuan Bina Rumah selama sehari secara atas talian dengan menggunakan medium zoom meeting. Bengkel bertujuan bagi menerangkan akan penetapan konsep dan kaedah baharu dalam proses Skim Bantuan Bina Rumah MAIPk. Selain daripada itu, penerangan berkenaan peranan dan bidang tugas Unit Pengurusan Projek (UPP) dalam menyelaras dan merancang kerja-kerja untuk Skim Bantuan Bina Rumah MAIPk. Seramai 36 pekhidmat MAIPk yang terlibat dengan kerja-kerja Skim Bantuan Bina Rumah telah menyertai bengkel tersebut yang dijalankan secara dalam talian. Unit Pengurusan Projek (UPP) telah bertindak sebagai fasilitator dalam memberikan taklimat berkenaan pelan baharu bantuan bina rumah MAIPk. Semoga bengkel yang telah diadakan ini dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan yang berguna kepada peserta Comments

Webinar -Kepentingan Penjagaan Kesihatan Psikospritual - Prof Datuk Dr. Mohamad Hatta Shaharom

Image
  6 September 2021 (Isnin) - MAIPk telah mengadakan webinar bertajuk Penjagaan Kesihatan Psikospritual yang disampaikan oleh Prof Datuk Dr. Mohamad Hatta Shaharom. Webinar tersebut telah disertai oleh pekhidmat MAIPk dari Ibu Pejabat dan daerah. Beliau adalah Presiden Persatuan Terapi Psikospritual Malaysia. Beliau juga penulis buku pelbagai genre, aktivis masyarakat dan Doktor Pakar Psikiatri. Di antara topik-topik yang disampaikan ialah punca penyakit psikospritual iaitu punca dalaman seperti lemah pertahanan badan, sifat mazmunah dan sifat zalim kepada diri sendiri dan orang lain. Punca luaran pula adalah seperti kesan sihir dan rasukan jin jahat. Semoga apa yang disampaikan dapat memberikan pengetahuan yang berguna kepada Pekhidmat MAIPk dalam menghadapi cabaran kerja demi kepentingan organisasi dan masyarakat. Comments Popular posts from this blog BENGKEL PEMAHAMAN PELAN BAHARU BANTUAN BINA RUMAH MAIPk 24 OGOS 2021...

BENGKEL TATACARA PENGGUNAAN PERANTI DAN DATA INTERNET MAIPk

Image
  7 September 2021 (Selasa) - MAIPk telah mengadakan Bengkel Tatacara Penggunaan Peranti dan Data Internet MAIPk secara atas talian menggunakan aplikasi zoom meeting. Seramai 22 orang Pekhidmat MAIPk di Ibu Pejabat dan Daerah telah menyertai sesi bengkel tersebut. Pekhidmat yang terlibat adalah di kalangan mereka yang dipertanggungjawab dalam menguruskan peranti yang telah dibekalkan. Bengkel ini bertujuan bagi memahami dan menggariskan peraturan dan tatacara pengurusan penggunaan peranti data internet bagi talian hotline MAIPk di semua pejabat pentadbiran MAIPk. Selain daripada itu, peserta akan memahami juga Tatacara Pengurusan Aduan secara lebih komprehensif. Di antara topik-topik yang diberi penekanan ialah Pengenalan dan Selenggaraan Peranti yang dibekalkan, Pengurusan Aset, Garispanduan Penggunaan Peranti dan Tatacara Pengurusan Aduan. Semoga bengkel ini dapat memperkasakan tahap pengurusan aduan di kalangan Pekhidmat MAIPk yang terlibat.